Saturday, August 13, 2011

My Condolence.


PONTIAN 12 Ogos – Bekas jaguh silat olahraga negara, Nordin Atan, 39, meninggal dunia di Unit Hermatologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pukul 9.45 pagi kelmarin akibat sakit 
leukemia yang dihidapinya sejak empat bulan lalu.


Pemergiannya amat menyedihkan isteri, Siti Sarinah kahar, 32, dan tiga anak mereka yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Allahyarham merupakan atlet silat olahraga pada era 90-an dengan memenangi Kejohanan Silat Dunia pada 1995.


Siti Sarinah berkata, suaminya sempat berpesan supaya dia menjaga anak mereka, Nurizlyana Atasha, 9, Iskandar Syafiq, 8, dan Iskandar Mukriz, 3, dengan baik dan sentiasa mengutamakan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dalam, Pontian di sini.
Kira-kira 300 saudara mara, kenalan dan rakan-rakan persilatan serta anak murid Allahyarham menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerajaan di Kampung Parit Patah, dekat sini selepas Zohor pada hari yang sama. - Utusan


Z : My condolence to his family. My training at Pontian last year was the first and the last one.

No comments:

Post a Comment

A reader like you makes me a happy blogger. :)
Comment my entry and I'll get back to you.

have you read this ?